Kegunaan Hidrogen peroksida

Industri berasaskan kayu

Sekitar 60% penghasilan hidrogen peroksida digunakan untuk pelunturan pulpa kayu dan kertas.[2]

Baham pencuci

Pengunaan industri kedua terbesar untuk peroksida ini ialah pembuatan natrium perkarbonat — hasil gabungan natrium karbonat dan hidrogen peroksida — dan natrium perborat, yang digunakan sebagai bahan peluntur tahap sederhana dalam detergen pakaian.

Apabila natrium perkarbonat dilarutkan dalam air, ia terurai menghasilkan hidrogen peroksida dan natrium karbonat seperti berikut:[3]

2 Na 2 CO 3 ⋅ 3 2 H 2 O 2 ⟶ 2 Na 2 CO 3 + 3 H 2 O 2 {\displaystyle {\ce {2Na2CO3.3/2H2O2 -> 2Na2CO3 + 3 H2O2}}}

Disinfektan

Hidrogen peroksida boleh digunakan untuk tujuan pensterilan pelbagai jenis permukaan,[4] termasuk peralatan pembedahan,[5] dan boleh diruapkan sebagai kaedah pensterilan ruang tertutup seperti bilik.[6]

H2O2 menunjukkan kecekapan yang lebih meluas dalam menentang virus, bakteria, yis dan spora bakteria.[7]

Hidrogen peroksida dilihat sebagai bahan alternatif yang lebih selamat kepada alam sekitar berbanding peluntur berasaskan klorin kerana sifatnya yang mengurai menghasilkan oksigen dan air. Maka,peroksida ini diiktiraf secara amnya sebagai agen antimikrob yang selamat oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat.[8]